Apa yang saya impikan ialah dengan kudrat yang saya ada membantu orang lain menikmati kehidupan yang lebih baik


Semua orang menganggap petani miskin itu gila kerana menanam benih pokok yang dianggap ‘ tidak berguna’. Selepas 20 tahun berlangsung sesungguhnya orang-orang kampung sangat terhutang budi kehidupan kepadanya. Dalam tahun 1990an, Sadiman memulakan menanam beribu-ribu anak pokok di dalam hutan di Gendol. Daerah itu pernah terbakar teruk pada tahun 1960an dulu.Akibat bencana tersebut daerah itu akan mengalami kemarau yang teruk dalam musim kering dan banjir dalam musim hujan. Akibatnya penduduk di daerah Dali, Indonesia itu , akan mengalami kebuluran dan kemiskinan. Tetapi ada seorang lelaki yang sangat faham apa masalah sebenar yang mereka hadapi. Sebenarnya tidak ada lagi pokok yang boleh menyimpan air di bawah tanah. Dalam hidup sebagai petani yang begitu miskin tanpa wang, dia mula menjual biji benih cengkih untuk membeli anak benih pokok banyan yang lebih mahal, walaupun pokok banyan tidak ada apa-apa hasil dan langsung tidak menguntungkan. Orang kampung memperkecil-kecilkannya tetapi petani itu tidak berputus asa. Kerana dia sahaja yang faham , bukan orang lain. Cengkih boleh dijual untuk wang. Tetapi pokok banyan menghasilkan air. Pokok itu berupaya menyimpan air bawah tanah dan sangat sesuai untuk pengairan. Sadiman dengan tulang empat keratnya sendirian menanam, menjaga dan merawat pokok-pokok itu selama 20 tahun. Sadiman memenuhkan kawasan seluas 250 ekar dengan 11,000 pokok banyan yang kemudian mendatangkan air ke kawasan itu semula. Parit dan tali air mulai mengalirkan air. Petani-petani mulai dapat bercucuk tanam dan berladang. Dali tidak lagi dilanda kemarau bertahun-tahun lamanya. Kata Sadiman: ” Selagi saya kuat dan sihat, saya akan terus menanam pokok.” Sadiman merancang akan menanam 20,000 pokok lagi untuk membantu kampung-kampung lain.”Apa yang saya impikan ialah dengan kudrat yang saya ada membantu orang lain menikmati kehidupan yang lebih baik.”